Saturday 9 April 2016

'dia' tinggalkan kita


Kadang kita tak sedar.'dia' berlalu setapak demi setapak.
Sikit-sikit meninggalkan kita ke belakang.
Tapi kita tak boleh nak salahkan 'dia'.
Kerna memang sifatnya begitu.
Berjalan tanpa henti.
Walau sekejap.
'dia'?
'dia' siapa?



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

وَالْعَصْرِ

إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ

إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ

(Al-Asr:103)






Yup...
Masa

Kadang kita ni lupa atau mungkin x tahu tujuan kita ni dihidupkan.
Ape pencapaian yang kita nak raih ..
Ape matlamat yang kita nak capai ..
Ape prinsip yang kita pegang ..

Kalau kita kaji balik, hakikatnya hidup kita ni sekejap.
Seyes sekejap..
Cuba fikir sejenak.
Lepas hidup ni ape yang akan kau lalui .






fuhhhh ...
Ni je perjalanan hidup kita.
Lahir .. membesar .. tup tup dah lelap
Allah Allah


Dah lelap, x lepas macam tu je.
Kita dihadapkan pulak dengan malaikat munkar dan nankir.
Satu satu soalan dilontarkan.
Soalan2 tu senang je sebenarnya.
Kita dah tahu pun waktu kita hidup.
Tapi, persoalannya...
mampukah IMAN kita menjawabnya kelak??


So sahabat..
Ringkas sahaja tulisan ku kini.
Suka ku ingatkan ape tujuan kita dihidupkan dimuka bumi Allah ini.


وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
( 51: 56)
And not I have created the jinn and the mankind except that they worship Me.




( 2 : 30)
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".


Allah menciptakan kita untuk kita beribadah kepadaNya.
Juga, menjadi khalifah di muka bumi.
Namun, stakat mana nafas dan umur kita yang berbaki kini,
adakah kita telah merialisasikan kedua-dua tanggungjawab tersebut?

Apa yang kita faham mengenai beribadah kepadaNya?
Apa yang kita faham mengenai menjadi khalifah di muka bumi ini?

Sahabat..
Tak salah nak bergembira, tapi biar berpada.
Tak salah nak berhibur, tapi jangan kita leka.
'dia' berlalu kawan.
Berlalu pergi meninggalkan kita.


Masa.
Jangan sampai kita terlambat.
Sama-sama kita raih redhaNya.
Dengan masa yang berbaki ini.






Saturday 30 May 2015

KITA

Kau, Aku, Kita
manusia yang inginkan kebahgiaan.

Kau, Aku, Kita
manusia yang sentiasa mencari kebahgiaan.

Kau, Aku, Kita
manusia yang sanggup buat apa saja kerana mahukan kebahgiaan.

Tapi jangan lupa,

Kau, Aku, Kita
juga manusia yang lemah dan perlukan bimbingan untuk menggapai kebahagiaan.




Aku menulis bukan kerana aku kuat.
Aku menulis bukan kerana aku sudah cukup baik.
Aku menulis bukan kerana aku sudah hebat.
Tapi kerana,

Kau, Aku, Kita
manusia.

Manusia yang perlu saling ingat-mengingati.
Manusia yang mudah sangat mengalah.
Manusia yang lemah zahir dan batinnya.
Manusia yang sering jatuh bila bangkit.

Kerna aku manusialah aku menulis.
Kerna aku lemahlah aku menulis.
Kerna aku sering jatuhlah aku menulis.

Aku sukakan peringatan,

Dengan peringatan aku bangkit.
Dengan peringatan aku kuat.
Dengan peringatan aku bahagia.

Peringatan yang bagaimana?

Peringatan agar kembalikan segalanya kepada ALLAH. 




Aku tak mahu manusia diluar sana lemah dan jatuh
sepertimana aku pernah lemah dan jatuh.
Aku tak mahu ummat diluar sana tergelincir dalam lembah kelalaian
sepertimana aku pernah tergelincir dalam lembah kelalaian.

That's why aku menulis.
Aku sayangkan korang.
Aku tak nak kita jatuh ke lembah jahannam.
Aku nak kita sama-sama masuk syorga.
Aku nak kau.
Ye kaula. Yang tengah baca ni.
Tak dapat jumpa di dunia, kita jumpa di syorga ^_^-

"....dan orang2 yang paling beriman, merekalah yang paling dahulu masuk syurga mereka itulah orang yang dekat kepada Allah, berada dalam syurga kenikmatan. Segolongan besarnya dari orang2 yang terdahulunya dan segolongan kecil dari orang2 yang kemudian. Mereka berada diatas dipan2 (singgahsana) yang bertahtakan emas dan permata, mereka bersandar di atasnya berhadap-hadapan. Mereka dikelilingi oleh anak2 muda yg tetap muda, dengan membawa gelas,cerek dan sloki (piala) berisi minuman yg diambil dari air yang mengalir. Mereka tidak pening kerananya dan tidak pula mabuk, dan buah-buahan apa pun yang mereka pilih dan daging burung apa pun yang mereka inginkan. Dan ada bidadari2 yang bermata indah,laksana mutiara yang tersimpan baik. Sebagai balasan atas apa yang mereka kerjaka.Disana mereka tidak mendengar percakapan yang sia-sia mahupun yang menimbulkan dosa,tetapi mereka mendengar ucapan salam. Dan golongan kanan, alangkah mulianya golongan kanan itu. (mereka) berada di antara pohon bidara yang tidak berduri,
dan pohon pisang yang bersusun-susun (buahnya). dan naungan terbentang luas, dan air yang mengalir terus menerus, dan buah-buahan yang banyak, yang tidak berhenti berbuah dan tidak terlarang mengambilnya, dan kasur-kasur tebal lagi empuk. Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari itu) secara langsung, lalu kami jadikan mereka perawan-perawan, yang penuh cinta (dan) sebaya umurnya, untuk golongan kanan,..."
(Al-Waqiah; 10-24) 

Hidup untuk mati.
Yes! Itu motto aku.
Kita hidup ni adalah untuk buat persediaan untuk mati.
Kenapa perlu mati?

Kerana matilah satu-satunya cara dan laluan untuk kita bertemu dengan
Kekasih hati ^_^-

Tak rindu ke nak jumpa Allah?
Tak nak ke melihat zat Azzawajalla?
Yang selama ni bagi kita udara untuk bernafas.
Dengar segala masalah dan gundah di hati kita.
Sentiasa bersama dengan kita tiap kali susah dan senang.
Perhati kita.
Bangkitkan kita kembali selepas tidur.
Bagi kebahgiaan kepada kita.
Bagi kejayaan kepada kita.
Bagi segalanya kepada kita. 
Tak nak ke? 

Aku nak.
Tu sebab segala kesusahan dan onak duri dalam kehidupan ni aku telan walau pahit.
Sebab dunia bersifat sementara.
Segalanya akan musnah dan kembali kepada Allah.




Kenapa perlu aku mencari hidayah?
Kenapa perlu aku beribadah?
Kenapa perlu aku bersusah-susah nak solat, zikir, baca Al-quran?

Kerana aku akan mati.

Segala yang kita ada di muka bumi ni akan hancus.
Jadi abu yang bertebangan.

"....Apabila bumi diguncangkan sedasyat-dasyatnya dan gunung2 dihancur luluhkan sehancur-hancurnya,maka jadilah ia debu berterbangan.."
(Al-Waqiah: 4-6)

Bila mati satu benda je yang akan kita bawa.
Amalan.
Bila mati satu je yang boleh tolong kita.
Rahmat Ilahi.

Kenapa aku perlu mencari hidayah?
Hidayah adalah anugerah Allah yang paling besar.
Hidayah ialah orang yang mendapat petunjuk daripada Allah s.w.t. Daripada seorang kufur menjadi seorang yang beriman dan taat pada perintah Allah taala.

 Hidayah Allah luas.
Seyes luas gila.
Kalau hati kau bekata,

"Eh!! Aku tak solat lagi."
"Hmm.. Azan dah? Copek nyaaaa."
"Cantik juga bila tengok dia bertudung. Manis je. Sopan je. Macam mana kalau aku yang pakai.?"

Tahmidlah Alhamdulillah ^_^-.
Sebab tula hidayah. 
Tu tanda Allah sayang kau.
Dia nak kau ke syorga.
Tu sebab Allah jentikkan ckit hati kau berkata begitu.
Terasa macam nak buat baik. Haaa... gitu.

Kau, bila terdetik macam tu terus grab.
Jangan tangguh-tangguhkan.
Sebab syaitan ni tak lari dari kita.

" Dan janganlah Syaitan menghalang kamu (daripada menurut jalan yang benar); sesungguhnya Syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu."
(Az-Zukhruf:62)




Kenapa perlu aku mencari hidayah?

Sebab aku nak ke syorga.
Syorga tempat yang kekal abadi.
Aku tak nak duduk dalam neraka walau sehari. Even sesaat pun aku tak nak.
Kau? nak?

"Dan golongan kiri,alangkah sengsaranya golongan kiri itu. (Mereka) dalam seksaan angin yang sangat panas dan air yang mendidih, dan naungan asap yang hitam, tidak sejuk dan tidak menyenangkan. Sesungguhnya mereka sebelum itu (dahulu) hidup bermewah-mewah, dan mereka terus menerus mengerjakan dosa yang besar,.."
(Al-Waqiah:41-46)
 
Kalau setakat doa, mampu ke mengubah segalanya kalau kita tak usaha?
Yes, aku tak nafikan doa itu senjata mu'min.
Tapi cuba kita hayati dahulu pesanan chenta dari Allah 

 “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu 
sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ”
(Ar-Ra'd:11)

Kita berdoa megharapkan Allah untuk bagi kita hidayah,
Tapi ade kita USAHA untuk cari?

Nak cari? Biar betul bae??
Kau ingat hidayah ni macam beras kat rumah? kalau lapar masak?

haha..
Yes! kan aku dah cakap, hidayah Allah tu LUAS derrr.

Kau cuba bukak tingkap kau.
Ape kau nampak?
Pokok kan.
Ask yourself.
Macam mana pokok tu boleh hidup?
Aku ke yang tanamkan benih?
Aku ke yang siram?
Dulu bukan xde ke pokok tu kat situ?

Meh, aku kongsi jawapan dari Allah,

“Maka hendaklah manusia itu memperhatikan makanannya, sesungguhnya Kami benar-benar telah mencurahkan air dari langit. Kemudian kami membelah bumi dengan sebaik-baiknya, lalu Kami menumbuhkan biji-bijian di bumi itu, anggur dan sayur-sayuran, zaitun dan pohon kurma, kebun-kebun yang lebat dan buah-buahan dan rerumput, untuk kesenanganmu dan untuk binatang-binatang ternakanmu.”
(A'basa:24:32)

Hanya dengan memikirkan kebesaran ciptaanNYA kita boleh menggapai hidayahNYA.
Hanya dengan merenungi QalamNYA, kita boleh meraih redhaNYA.
Hanya dengan berzikir kepadaNYA, kita boleh menjejak jannahNYA.
Hanya dengan mengingatiNYA kita boleh ke syorga.

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"
(Ar-Rahman:13)

Mencari dengan memahami qalamullah,
Mencari dengan menunaikan solat,
Mencari dalam ungkapan doa,
Mencari dengan menghadiri majlis ilmu dan usrah,
Mencari dengan membaca buku,
Mencari dengan memikirkan alam.

So der , jom grab.
Jangan sampai Allah tak pedulikan kita U_U-

"And Allah guides whom He wills to a straight path,"
(Al-Baqarah:213)
 

Monday 4 May 2015

Ceritaku....

Setiap manusia ade jalan ceritanya...
Kau cerita kau, aku cerita aku.
Kita 2 insan yang berbeza yang Allah ciptakan.
Masing2 dengan takdir masing2.
Masing2 dengan rezki masing2.
Masing2 dengan kelebihan dan kekurangan masing2.

Begitu juga dengan hidayah.
Allah akan beri hidayah kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-NYA.
Kita siapa nak rasa layak bagi hidayah pada orang? 

"Sesungguhnya kamu (Muhammad) tidak akan bisa memberi hidayah kepada orang yang kamu cintai, tetapi Allah lah yang memberi hidayah kepada siapa saja yang Dia kehendaki, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima hidayah"
(Al-Qashash;56)

Even Nabi Muhammad pun tak boleh nak beri hidayah Iman 
kepada bapa saudara kesayangan baginda.
Saidina Abu Talib banyak gila berjasa pada baginda dan juga agama kita ni.
Dengan support beliau baginda sallahualaihwassalam semangat
untuk bangkit memperjuangkan agama.
Namun akhirnya, saidina Abu Talib tetap meninggal dalam 
keadaan tidak beriman.
Walaupun telah di offer oleh baginda, beliau masih tidak mengucapkan kalimah 
cinta syahadah. 

Mengapa?

Kerana atas kehendak Allah,


Apepun kita jangan misunderstand ayat ni.
Selalu kita dengarkan,
"Aku tunggu hidayah untuk pakai tudung ni."
"Allah tak bukak hati aku lagi la wei."

Relax brader,brader relax...
Izinkan aku untuk kongsi satu ayat ni,

"... Dan didapati-NYA engkau mencari-cari (jalan yang benar),
lalu Ia memberikan kamu petunjuk (Al-Quran).."
(Ad-Dhuha;7)

Kalau betul niat kita nak berubah, nak bertaubat kerana inginkan redha-NYA,
Don't worry =) .. 
Sebab Allah akan bantu.
Allah akan bimbing kita, 
Allah akan guide kita.
Allah akan hantar tentera-tentera-NYA untuk bantu kita.

Erk?! =_=''
Tentera??

Jika kita ingin berhijrah ke jalan Allah, Allah akan
mengirimkan hamba-NYA yang soleh untuk mendampingi
kita dalam penghijrahan itu.



"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum
 kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang pada diri mereka"
(Ar-Rad;11)

Agak klise kan ayat ni.
Tapi brapa ramai je yang nampak betapa
besarnya Ar-Rahman serta Ar-Rahim Allah dalam ayat tu?
Allah akan bantu untuk ubah kita KALAU kita ambil langkah pertama untuk berubah.
Hatta niat sekalipun,

"Dah rahsiakanlah perkataanmu atau nyatakanlah. 
Sungguh, Dia Maha Mengetahui segala isi hati."
(Al-Mulk-13)

Bukan aku yang cakap, tu smua dari Allah.
Betapa Allah menilai setiap kebaikan kita.
Betapa kasihnya Allah pada kita.
Betapa Allah nak kita masuk ke syurga-NYA.

Kalau dah terdetik niat kau tu nak buat baik,
tulah teguran Allah untuk kau.
Dia dah bagi hint dah.
Tinggal kita nak tak nak je ubah.
Nak tak nak je buat.

Cuba kita amik 2 3 minit jap.
Renungkan...
Tengok sekeliling kita,
Ade tak kawan yang baik yang kita ignore?
Ade tak usrah dalam wassap yang selama ni kita mutekan?
Ade tak buku tarbiah sentap atau henshin yang kita tak baca?
Ade tak Al-Quran yang dok selama ni terbior berhabuk kat rumah?

Kalau ade,

Itulah Rahmat Allah =)
Itulah jalan yang Allah dah bagi untuk kita kembali pada-NYA.
Itulah peluang atau pintu yang dah Allah bukakkan untuk kita.
cuma, persoalannya......

Do we care?

Do we take the chance? 

Do we make a first step?

Tepuk dada tanya Iman. U_U~



Aku dengan rasa rendah dirinya mengajak,
JOM.. 
Jom kita sama2 meniti jalan penghijrahan ini
menuju ke persimpangan tarbiyyah.

Sampai bila kita nak terperap di dalam lembah jahilliah?
Sampai bila kita nak bergelumang dalam najis2 maksiat,
dan bauan-bauan kemungkaran?
Sampai bila?

Sampai terdengar pekikan dari langit?
Sampai matahari terbit dari barat?
Sampai umur dan mencecah ke peringkat nak ajal?
Sampai nyawa dah dekat kerongkong?

Sempat ke nak berwudhuk + solat sunat taubat 2 rakaat masa tu?
Sempat ke nak istirghfar dan menyesal bagai nak rak?
Sempat ke duhai kekasih Allah sekalian?

Okay,mungkin kalau menyesal saat akhir tu kira okay kot
dari menyesal masa dah ade dekat depan pintu neraka.
Tetapi kita tak akan menyesal ke time tu?????

Aku nak share satu surah ni.
Kita sama2 hayati dan fahami.
Tolong baca dengan hati ^_^

Hayatilah Kalamullah ini,

"Dan orang-orang yang ingkar kepada Tuhan-nya,akan mendapat azab jahahannam. Dan itulah seburuk-buruk tempat kembali. Apabila mereka dilemparkan ke dalamnya mereka mendengar suara neraka yang mengerikan, sedang neraka itu membara;hampir meledak kerana marah. Setiap kali ada sekumpulan (org2 kafir) dilemparkan ke dalamnya, penjaga-penjaga (neraka itu) bertanya kepada mereka 'Apakah belum pernah ada orang yang datang memberi peringatan kepadamu (di dunia)?'
Mereka menjawab, 'Benar,sungguh,seorang pemberi peringatan telah datang kepada kami,TETAPI kami mendustakan(nya) dan kami katakan,'Allah tidak menurunkan sesuatu apa pun, kamu sebenarnya di dalam kesesatan yang besar'. Dan mereka berkata, 'SEKIRANYA (dahulu) kami mendengarkan atau memikirkan (peringatan itu) tentulah kami tidah termasuk PENGHUNI neraka yang menyala-nyala.'"
(Al-Mulk;6-10)

Agak-agakkan siapa yang akan bercakap sebegitu di akhirat kelak?
Aku? Kau?
Pernah terfikir?

Oleh itu kawan,
*hulur tangan




Jom... 
kita mula dengan langkah yang pertama
*kesat air mata






^_^-

Monday 30 March 2015

Allah dalam hati ini??


Korang penah x rasa down gila nak mampus..
Huarrrgghhh!!


Aku termenung
Otak terasa kosong.
Hati bagai adanya lompong.

Aku sedih.
Aku kecewa.
Aku marah.
Aku benci...

Semua sifat mazmumah tu bagai diaduk menjadi satu makanan yang busuk...

Air mata menitis.
Suara tangisan sayup-sayup kedengaran.
Tanganku diterlengkupkan ke muka.
Aku cuba tenangkan diri.
Aku paksa.
Aku istirghfar.
Aku selawat.
Aku tarik nafas dan bangkit dari katil menuju ke tandas.

Mukaku dijamah dengan aliran air wudhuk.
Tanganku ku ratakan dengan wudhuk.
Dahiku, telinganku dan kakiku...

Aku menggapai kain putih, dan kusarungkan kemas ke badan. Sejadah bewarna hijau ku hamparkan menghadap kiblat.
Kepada Allah aku kembali

"Allah.. hanya padaMu aku berserah.Hanya padaMu ku beriman. Hanya padaMu ku bertawakkal. Allah, kekuatan itu milikMu.. ketenangan itu datang dariMu.. kurnikanlah RahmatMu serta RahimMu ke dalam hatiku. Ya Allah, tuhan yang Maha Mengetahui segala isi hati. Ampunilah dosa2 ku.. sama ada yang telah berlalu mahupun kemudian, yang kecil mahupun besar, sesungguhnya Engkau tahu lebih dariku. Allah, andai ini jalan yang terbaik untuk ku, maka kau mudahkanlah dan redhailah.. Tetapkanlah hati ini dalam kebaikan ya Allah.. Kurniakanlah ku kekuatan dalam menjalani perjuangan ini. Kurniakanlah ku kesabaran dalam menghadapi ujian2 sepanjang perjuangan ini.. Hanya kepadaMu ke bertawakkal. Hanya kepadaMu aku berserah. Aminn.. aminn  ya robbala'lamin.." 😢

___________________________________


Pernah tak korang tetibe je rasa sedih?
Nak nangis tanpa sebab?
Rasa hati ni tak tenteram gila.
Kalau boleh nak je terjun dari bangunan..

Ummat kesayangan rasulullah sekalian ,
Sebenarnya rasa itu adalah tanda rindu Allah pada kita.
Dia rindu tangisan kita.
Dia rindu rintihan kita.
Dia rindu nak kita kembali kepadaNya. ..

Cuba kita fikir balik.
Dulu hati gundah kita buat ape?
Muziq
Tv
Main COC
Or what?
Terubat x? Berpanjangan x?

Sama-samalah kita kembali pada Allah.
Allah yang pegang hati kita.
Kita nak ketenangan, carikla pada yang memegang ketenangan.
Macam cari beras pada petani,
Mencari gaji pada si majikan.

Same goes to Allah.
Tapi cara yang berbeza.
Solat...
Doa...
Air mata...


Rintihlah..
Mengadulah...
Lepaskanlah...
Allah tahu.. tapi Dia juga mahu..
Allah tahu kita sempit.. tapi Allah mahu kita yang meminta.
Dia nak uji sejauh mana kita letak Allah dalam hati kita.
Sama ada paras kepala atau dibawah tapak kaki.

Kata kasih...
Kata rindu..
Tapi dimana Allah dihati kita?

Hamba yang khilaf .



Thursday 12 February 2015

Resepi manisnya tarbiah.

Kalau nak buat kek sarawak, kita perlu bahan yang sesuai dan sukatan yang tepat.
Kalau terlebih sikit air dia tak naik, kalau kurang sikit air dia akan terasa kering dan tak lembab.
Hasilnye nanti kira tak perfectlah.
Macam tu juga TARBIAH.
Kalau cara kita tak kena, kita akan cepat mengalah dan putus asa.
Mudah nak down dan merasa ianya sangat SAKIT gila!!

Look around you.
Segalanya akan jadi abu. Hidup ni singkat.
Sampai bila kita nak hidup dalam kemungkaran dan kejahilan?
Sampai ada tanda-tanda nak mati?
Tu pun Allah nak ke bagitahu kita?
Layakkah kita?

So, take a very deep breath dan sematkan dalam hati
" Aku nak berubah!!"
 Just need a very first step to get into a new phase.
Iaitu fasa tarbiah.



Resepi Tarbiah

Maksud tarbiah dah aku khabarkan dekat episod hari tu.
Jadi aku nak terus masuk resepi yang pertama.

Ilmu

Hadis riwayat At-Tirmidzi,
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud
"Sesiapa yang berkehendakkan dunia maka hendaklah ia berilmu,
sesiapa yang berkehendakkan akhirat maka hendaklah ia berilmu,
dan sesiapa berkehendakkan kedua-duanya maka hendaklah ia berilmu."

Kita nak, so kitala yang kena cari.
Nak kaya, cari laki kerja CEO.
Nak sup ayam yang sedap cari serbuk adabi. erk?
Okay, let we take for granted.
Tarbiah = proses untuk berubah. Berubah dari jahat ke baik.
Baik = melakukan perintah Allah dan meninggalkan laranganNya.
Perintah Allah = Beribadah.
Beribadah = Solat, baca al-quran, zidkir, amar makruf nahi mungkar.
Solat = Rukun, punca batalnya solat, rukun sah solat.
Rukun sah solat = Ilmu
Ilmu = Buku
Buku = Penterjemahan
Penterjemahan = Guru, Murobbi
Murobbi = Orang yang berilmu yang boleh bimbing kita.

Mane nak dapat Murobbi ni bro?
Haaa... Murobbi ni adalah naqib atau naqibah kita dalam usrah.

Ape bezanya guru dan murobbi?
Baik aku blaja ngan cikgu kat sekolah tu je.

Guru ni adalah insan yang menyampaikan ilmu.
Mereka hanya menyampaikan ilmu dan memberi kita kefahaman mengenainya.
Murobbi pula insan yang menyampaikan ilmu serta pembimbing kita.
Mereka akan memimbing kita dalam meniti titian pentarbiahan.
Segala perit dan payah dalam tarbiah ni boleh kita share and take advice sebagai motivation selepas
pergantungan kita pada Allah.
Tapi jangan lupa, kita juga perlu tapis sumber ilmu dari murobbi tu.

"Sesungguhnya ilmu ini adalah agama ,maka perhatikanlah
 daripada siapa kalian mengambil agama kalian."
(Riwayat Muslim)

Resepi yang kedua,

Usrah






Jika kita ingin berhijrah ke jalan yang diredhai Allah,
Allah akan kirimkan hambaNya yang soleh untuk mendampingi kita
dalam penghijrahan tersebut.
Aku yakin pada Allah. Allah TAK AKAN menzalimi hambaNya.
Kiranya usrahni tulang belakang kita selepas pergantungan kita pada Allah.
Pendorang dan pembakar semangat kita untuk berubah.
Ingat tak kisah sehelai tudung hitam di slot yang lalu.
Macam tulah situasinya.
Hargailah usrah kita.
Tapi nak cari usrah pun kena betol.
 Pastikan murobbinya itu ahli sunni.
Jangan tersesat kat syiah pulak.
Huuuuu... nauzzubillahhiminzaliq.
Dan yang paling penting sekali biarlah sama sejenis.
Jangan menggatal pulak ke usrah lain jantina ye ^_^.

Daripada Abu Hurairah ra, Rasulullah s.a.w bersabda,
"Allah swt berfirman; Aku bersama sangkaan hambaKu terhadapKu,
sekiranya sangkaannya terhadapKu baik, maka baginya kebaikan.
maka janganlah bersangka terhadap Allah swt melainkan yang baik."

Yakinlah Allah akan bantu kita dalam titian tarbiah ini.
Yakinlah Allah akan hantar seseorang untuk bantu kita.
Yakinlah Allah telah memberi kita hidayah ini,
Yakinlah Allah amat menyayangi kita dan hendakkan kita ke syurgaNYA.

Whosoever puts his trust in Allah,
HE will suffice him.
(Quran 65:3)

Cuma kita je lagi yang kena bersemangat.
Niat betol2 nak berubah.
Bersungguh dalam mencari ilmu.
Bersungguh dalam mencari usrah.

Haa.. kalau dah jumpa usrah tu jangan pulak setengah jalan je.
Ikutilah segala aktiviti yang dijalankan.
Bagi komitmen 200%.
Amalkan ilmu yang telah dipelajari.
Manfaatkan murobbi dan ahli usrah yang ada okay? ^_^
Barulah jalan...

Okay, masuk resepi yang ketiga, InsyaAllah last punya.

Doa

Ni rahsia formula yang paling penting.
Kalau sukatan ni salah, hmmm... tak jadila resepi tarbiah kita ni.



"Berdoalah kepadaKu, nescaya akanKu perkenankan bagimu,
sesungguhnya orang2 yang menyombongkan diri dari menyambahKu
akan masuk ke neraka jahannam dalam keadaan hina dina"
(Quran 40:60)

Siapa kita nak sombang pada Allah.
Tanpa Allah, malaikat pun tak pandang kita tau.
Sedarlah, betapa kerdilnya kita dihadapan Allah.
Dibelenggu dengan kotoran-kotoran dosa.
Habuk-habuk maksiat.
Bauan-bauan fasiq.

"....Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah 
ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. 
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal."
(Quran 49:13)

So, terang lagi bersuluh Allah hanya pandang sejauh mana ketaqwaan kita pada Allah.
Can't lie. Allah knows everything. No doubt.
Be confident. Kalau betul kita berubah kerana Allah, 
Yakinlah Allah bersama kita.
Jika kita 100% yakin pada Allah, InsyaAllah segala pahit dan perit akan terasa indah.
Segalanya akan jadi pengalaman terbaik buat kita.
Pengajaran yang boleh memimpin kita untuk menjadi lebih baik.
Tiada pahit dalam tarbiah, umpama kopi tanpa gula.
Umpama ayam tanpa serbuk kari adabi. erk? haha..

Pentingkan doa dalam formula untuk resepi tarbiah ni.
Betapa Allah nak kita bagi 100% pergantungan hanya kepadaNya.
Fitrah kita sebagai seorang hamba untuk bergangtung harap padaNya.
Alaaa.. macam pekerja dengan bos dialah.
Cause Allah the Greatest. HE rule everything.
DIA memberi pada siapa yang DIA kehendaki.




WE BELONG TO HIM





Take positive. 
Smile and move forward ^_^
Allahualam.

Tuesday 10 February 2015

Pahit itu nikmat dalam tarbiah. Erk?

Pemprosesan yang paling susah kat dunia ni selain daripada nak proses
pokok jadi kertas, dari buah kepada jus dan dari lembu kepada burger ialah
proses tarbiah dari jahat kepada baik.

erk? yeke susah? aku rasa senang jer.
 
Kau mungkin berada dalam bi'ah yang baik.
macam mana dengan situasi aku yang berada di bi'ah (persekitaran) yang agak tercabar?
dan dalam keadaan aku yang masik merangkak dalam mencari ilmu?


Ape yang susah dalam tarbiah?

Tarbiah ni satu proses didikan Islam.
Dimana kita mendidik hati kita ni untuk melakukan kebaikan, menilai kebaikan, mencari kebaikan serta melihat kebaikan.
yang pasti semua baik2 la.

huish! dengan teknologi sekarang ni mcm mana kita nak berubah dari jahat ke baik?

Well it's depends  on us. Allah give and we decide.
Decide whether we take it or leave it.
Dengan manusia di sekeliling kita sama ada kenalan ataupun yang asing agak sukar.

Why you say so?

Sebab mulut manusia ni siapa kita nak tutup kan?
Baik sikit ade je kata2 sumbang kat belakang.
Tulah cabaran yang paling top of the listlah. betol tak?


Kisah sehelai tudung hitam.

Aku merenung cermin dihadapan. Memerhati makhluk yang berada di dalam cermin tersebut.
"Hmm.. alhamdulillah. Terlindung. Longgar dan tak tabarruj." Aku senyum.
Then, aku pandang kakak ku yang juga sedang bersiap siaga.
Bertudung bidang labuh. Sedang dia pinkan tudung dibahu aku terfikir.
'Cantik jugak kalau pakai tudung tu.' Aku melihat penampilanku dari  atas ke bawah.
Salahke kalau aku pakai tudung bidang? Tapi aku pernah berniat nak istiqhomah je pakai tudung ni.
Takpelah. tudung tu pun labuh gak. Aku bergegas iron tudung bidang dan bersiap.
Aku kembali merenung cermin dihadapan. "Dah lama tak pakai tudung ni. Rasa agak janggal. Walaupun tudung ni pun labuh. Hmm...tapi aku tetap tak selesa la. ish!! tukar balik la."
Aku bukak pin dan tanggalkan hijab ku tadi lalu segera menyarung kembali tudung labuh bulat.
tanpa melihat lama di cermin, aku berlari anak mengambil kunci kereta dan terus menuju ke kuliah.
Dalam perjalanan aku terjenak. "Astargfirullah. Ini semua tipu daya. Kuatkan hatimu. Cukuplah dulu. Jangan diulang kesilapan lalu. Allah...Aku menutup aurat ni kerana Allah. Bukan untuk kesenangan pandangan ajnabi."

Aku menghela nafas berat.Aku merenung keluar tingkap. "Bismillah..."
Aku melangkah terus untuk ke kuliah. Dalam perjalanan hatiku panas. Telingaku bingit. Walaupun hampir setahun disini tetapi rasa itu tidak pernah hilang. Kerana manusia itu sentiasa ada.
Aku hairan. Asingkah aku hanya kerana sehelai tudung hitam? Pelik sangatkah aku berpakaian begini? Huh! Mulut manusia. Siapa aku nak menghalang.
"Assalammualaikum."
Aku menoleh. Senyum lebar menghiasi wajahku. Segala pahit dan perit tadi terasa hilang begitu sahaja. Hatiku kembali damai dan terasa tenang apabila melihat insan2 yang amat aku kasihi berada dihadapanku. "Waalaikumussalam usroti."
Hatiku kembali kuat untuk meneruskan hidup. (aiseh)
Hidup dalam bia'h tarbiah. Ye, dengan adenya rakan seusrahku yang kiranya sama spesis bertudung hitam dengan ku,aku kembali semangat. Kerana mereka merupakan tulang belakang ku selepas pergantunganku kepada Allah... Usrahku Tarbiahku ^_^

Tamat...

Faham tak mesejnye tu???



So, Step pertama untuk menjalani proses tarbiah dengan jayanya adalah dengan adanya usrah.
Sebab dekat situlah adenya pemimpin, tempat nak merujuk, nak mengadu dan paling
penting sekali tulang belakang kita selepas Allah.

Nak tahu lebih ni hah link dia. Klik sini . (Tarbiah sentap)

Yang penting skali Allah tahu kita nak berubah.
Tapi janganla sekadar di bibir. Kalau nak betol2 tarbiah semangat sikit.
Biar bersungguh ye. Aku pun tengah usaha gak ni.
Usaha cari usrah. hmmm. sedih kan.
Aku tak jumpa lagi usrah aku. InsyaAllah one day I will find them.
And make sure I never let them go. haha..
I believe in Allah.






Jadi kesimpulannya kat sini. Nak tarbiah yang terbaik carilah ilmu.

Macam mana?

Usrah lee.. Carilah murobbi yang boleh dipercayai dan diyakini.
Jangan menyimpang dalam usrah syiah pulak.
huuu.. Nauzzubilahiminzaliq.

Okay, fikir-fikirkanlah.
Think a minute. Nak sakit dalam tarbiah didunia atau merana teruk di akhirat.
You make the choice.



 Kesusahan dan kepahitan itu adalah nikmat dalam tarbiah.




Tak caye? Try la ^_^.

Wednesday 21 January 2015

Stay strong para bidadari ^_^

With the name of Allah ^_^

Bestlah jadi isteri solehah!!
Dahlah senang nak dapat pahala pastu dapat jauh pula dari zina.
Jasa seorang isteri ni besar tau.
Sangat2 besar.
Sebab, isteri yang duduk rumah sahaja boleh
membina ummah yang hebat dimuka bumi.
WoW >.<.. Dapat imagine tak??



Anak2 ni ibarat kain putih.
Ibubapa yang mencorakkannya.
Kalau cantik, maka cantiklah ia.
Kalau comot, maka comotlah jadinya.

Kalau kita hias cantik2 anak kita,
Kelak mereka yang akan menjadi pakaian kita diakhirat kelak.

Okay, mesti korang ingat aku ni lelakikan? --> Mr. Answer
Actually aku ni perempuan.
Yes! I'm a girl.
Kenapa guna Mr? Tak guna je Mrs?
Sebab pada awalnya aku malu nak dedahkan.
Aku nak dakwah. Tapi ummat zaman sekarang set minded kalau dakwah yang layak lelaki.
Kalau perempuan mesti nak yang berpurdah.
Selagi perempuan tu tak pakai purdah,x berjubah, x de degree or master dekat universiti
Islamic out or in Malaysia tak layak untuk dakwah.
Aku bukan jenis perempuan yang berpurdah, yang berdegree or master.
Aku cuma perempuan biasa yang nak menyumbang juga pada ummah melalui media sosial.
(Insyaallah akan ikuti dakwah diluar)
Pastu kalau perempuan punya blog, selalu fikir pasal cintalah,masakan lah,diaryla
Perempuan = Love, Romance,Cook
Lelaki = Ilmu tinggi, dakwah, Sweet



Aku sebagai perempuan malu pada Allah, pada ummah sebab dipandang lemah dan rendah.
Tak mampu untuk menyumbang banyak pada ummah U_U-
Sering dicop tak reti dakwah. Tak reti menyebarkan sesuatu melalui program atau media sosial.
But, after read a story from Hilal Asryaf yang bertajuk simfoni cinta,
Aku rasa seakan ada aura dan semangat baru yang merasuk jiwa.
Aku rasa semakin ingin bangkit untuk meningkatkan tahap keimanan aku.
memantapkan ibadah aku dan memperbaiki hubungan aku dengan Ilahi.
Kenapa tetiba ni?
Dalam cerpen Aicha, Aku mula sedar ......

Bukankah semua lelaki dilahirkan oleh wanita?
Bagaimana kalau kaum wanita berhenti mendidik anak?
Bukankah peratus untuk dunia ini dipenuhi anak-anak yang soleh,
pemuda-pemudi yang soleh-solehah akan sedikit?
Dan bagaimana pula lelaki-lelaki yang beristeri tidak melayan mereka dengan baik, tidak mengingatkan mereka pada ALLAH? Bukankah peratus untuk pemimpin-pemimpin yang baik itu wujud, lelaki-lelaki yang boleh menjadi masyarakat itu wujud, akan menjadi lebih sedikit?
Isteri yang solehah merupakan salah seorang daripada soldadu Ilahi.
Walaupun mungkin tidak mengangkat senjata seperti kebanyakan mujahid,
Tetapi ISTERI SOLEHAH yang mencorakkan mujahid daripada rumah lagi.
Semenjak kandungan lagi.
mereka menjadi pendamping kepada mujahid,
memberi semangat kepadanya, menguatkannya.
Bukankah itu satun perjuangan, satu sumbangan? ^_^~


Allahuakhbar!! 
Lagi malu serta sayu hati ini.
Betapa fikiran aku sempit dalam memperjuangkan agama Allah.
Menjadi isteri yang solehah cukup untuk menyumbang pada ummah.
Kita tak perlu untuk pergi ke tengah medan perang, membawa senjata.
Kerana kita ada tanggungan yang lebih besar dari itu.

Berusaha untuk jadi wanita yang solehah,
Akan bangkitnya ummah yang diredhai ALLAH.

Menjadi isteri yang solehah itu lebih indah dan mulia berbanding syahid di medan perang.
Kerana kita sedang BERJIHAD dalam melahirkan serta membentuk para mujahidin.

Am I right girls? ^^





So,secara personal konklusi aku
Aku tak sabar nak jadi isteri yang solehah,
tak sabar nak lahirkan tentera-tentera Allah,
tak sabar nak kahwin!! (single but not available)
Aku nak cuba bina institusi yang bertarbiahkah Iman dan Taqwa.
InsyaAllah ^_^
Apepun sebelum kita melangkah ke "medan peperangan" tu,
Sama-samalah kita memperbaiki diri,hati,iman dan hubungan kita dengan Allah.

Wallahul muwaffiq